Rabu, 26 Jun 2013



Peluang Menjana Pendapatan Luar Biasa Dari Rumah




Ketahuilah, Rahsia Sebenar Bagaimana Untuk Mencapai Kebebasan Kewangan Melalui Penjanaan Pendapatan Lumayan Pada Setiap Hari . . Setiap Minggu . . Setiap Bulan . . Tanpa Henti! . .  Juga Miliki Kereta Idaman Anda !!

Siapa Harus Sertai Program Ini?
> Semua Rakyat Malaysia Yang Mencari Peluang
> Penganggur/ Pencari Kerja
> Pelajar Kolej/ Universiti/ IPTA & IPTS
> Pekerja Berpendapatan Rendah
> Suami Isteri Dalam Kesempitan
> Mereka Yang Akan Mendirikan Rumahtangga
> Suri Rumah Tangga & Pembantu Rumah
> Diberhentikan Kerja
> Ahli MLM Yang Teraniaya Dan Kecewa





Daftar PERCUMA Segera Untuk Anda Ketahui Tentang Peluang Hebat Ini

Bagaimana Cara Untuk Sertai




                                                            
                                      
                       
                                    


        Masukkan Nama, Email Aktif, Daerah/ Negeri dan No. Telefon anda dengan tepat dan terus klik "JOIN NOW" dan akan tertera gambar seperti dibawah ini.




                    Sila Buka Email anda dan copy No. Verifikasi



 isi No. Verifikasi ke dalam kotak yang diberi



 klik perkataan "NEXT" di setiap page dibawah sekali



Page terakhir ada dimuatkan sign up form untuk anda mengisi "username" dan"pasword" anda



 pendaftaran berjaya akan terpapar seperti page di bawah dan klik pada"Member"


 Isi username dan pasword yang tepat di ruangan yang disediakan


 aktifkan akaun penyertaan anda bagi membolehkan anda menerima link yang aktif seterusnya melayakkan anda menerima komsien setiap hari. Sila klik "upgrade to PAID" dan ikut arahan diberi





Tahniah Kini Anda Berpeluang Mencapai Kebebasan Kewangan Dengan Lebih PANTAS Dan HEBAT











Orang Miskin Bekerja Untuk Mendapatkan Wang,
Orang Kaya Menggunakan Wang Bagi Menjana Kekayaan.
Maka
Dapatkanlah Wang Sebanyak Mungkin Dan Gunakannya Bagi Menjana Kekayaan!!






            

Selasa, 26 Mac 2013

Tips Untuk Mengurangkan Berat Badan

Apa pilihan anda. Kurus atau gemuk? Pada saya, nak kuruskan badan ni, takde la susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.

1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk. Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum.

Saya jawab balik. Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macammana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang.

Apa-apa pun, bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips nak kuruskan badan tu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

Diet Sihat

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…

Sesekali Tidak Mengapa. Sekian, selamat mempraktikkannya…


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/09/tips-diet-untuk-kuruskan-badan.html#ixzz2Oa9wZ44i

Ahad, 17 Mac 2013

Cinta Itu Datang Dari Allah S.W.T




Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.


Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?



Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Firman Allah...
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An Nur :26)

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

20 Tanda Apabila Lelaki Serius dalam Percintaan



1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia tidak berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Hargailah Seorang Wanita




 Lelaki ketahuilah…
Apabila seorang perempuan telah jatuh cinta
Lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
Tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya

Lelaki ketahuilah…
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata
Itu bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan
Untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Lelaki ketahuilah…
Apabila seorang perempuan marah
Memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
Tapi percayalah, itu maknanya
Dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh
Tetapi percayalah,
Semakin bertambah sayang mereka pada seseorang
Semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku

Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan bercakap banyak
Dia tidak pernah bermaksud untuk membuatkan anda rimas
Tetapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat

Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah
Itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya
Tetapi dia mahu jadikan anda lebih baik bukan untuk dirinya
Tetapi untuk masa depan anda

Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan cemburu dan tidak mempercayai anda
Bukan bermakna dia tidak sayang tetapi dia terlalu sayangkan anda
Dan masih menganggap anda anak kecil
Yang masih memerlukan sepenuh perhatian
Kadang kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya
Anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi
Naluri keibuannya sangat kuat
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda

Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan merajuk jangan kata dia mengada-ngada
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen
Tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai

Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan jarang mengatakan ”i love you”
Itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
Tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya
Bukan hanya hadir dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya

Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan mengatakan dia rindu sama kamu
Dia memang benar benar maksudkannya
Apabila berjauhan, bayangmu akan sentiasa bermain di mata

Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan menjadi degil
Dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
Tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dgn karenahnya
Percayalah, hati perempuan itu lembut
Jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dlm masa sesaat

Lelaki ketahuilah…
Apabila perempuan berkata “tinggalkan saya”
Dia tidak bermaksud untuk menyuruh anda pergi selamanya
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja
Apabila dia kembali tenang
Percayalah dia akan mencari kamu semula
Itu tandanya dia benar benar menyintai kamu
Perempuan sukar mengawal perasaan, dia terlalu emosional
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
Dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda

Lelaki ketahuilah….
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dgn perbezaan tsendiri
Tetapi sekiranya mereka saling memahami
Mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan
Perempuan itu dicipta oleh Allah indah sekali
Disebalik air matanya tersimpan seribu kekuatan
Yang menjadikan seorang lelaki itu berasa selamat bersamanya
Biarpun zahir perempuan itu nampak lemah
Tapi dia punyai kekuatan sendiri yg bisa mengoncang dunia
Dan mungkin bisa pula membuat lelaki mjd lemah kerananya

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
Kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
Tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
Dan membuat hidup anda lebih sempurna
Dialah yang bakal menjadi
Perempuan bekerjaya, isteri dan ibu yang terbaik kepada anak anak anda

Selasa, 12 Mac 2013

Tips kuruskan badan secara semulajadi



Ramai orang di luar sana tercari-cari cara menguruskan badan menggunakan bahan semulajadi khususnya dari tumbuhan. Memang banyak tumbuhan yang boleh dijadikan sebagai ramuan, namun, antara bahan yang mudah digunakan dan senang didapati ialah limau kasturi. Selain dapat menurunkan berat badan, ia juga dikatakan boleh mengurangkan buncit.


1. Limau nipis


Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Tingginya boleh mencapai enam meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi. Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.




Bagi yang mengalami berat badan yang berlebihan, sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk. Jadikan ia sebagai air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini lebih elok diikuti dengan senaman ringan.



Bagi yang ingin kempiskan perut pula, anda perlu mencampurkan limau nipis dengan teh tanpa gula.  Kemudian air tersebut diminum tiap-tiap hari sehinggalah perut anda kelihatan menarik. Saya akan cuba petua ini dan memaklumkan kepada anda sekiranya saya berjaya mengurangkan buncit saya dalam tempoh sebulan.


1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu 

5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat.Perahkan air Limau Nipis.Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.



DIET EPAL HIJAU

Ini yang saya sedang praktiskan sekarang, dan saya dah turun banyak kilo dengan diet ini. 4 kg.kerapkan makan epal hijau tau syunk....:)

Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.ni ha list kebaikan epal hijau :


1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.


SARAPAN: Oatmeal dan Low Fat Milk

Snek 10.00 pagi: Jus Epal Hijau

Lunch: Jus Epal Hijau

Snek Pukul 3: Jus Epal Hijau

Makan Malam 6.30 ptg: Protien ( 1 pcs of Ikan/ Ayam )

Sup Sayur

Nasi (sikit je tau) 

10 malam sebelum tido:Jus Epal Hijau 

* Minum air masak al least 3 liter satu hari. Anda akan mengalami penurunan 2kg seminggu.

2. Nanas

Buah nanas dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kekacingan, sakit tekak, beri-beri, sembelit, luka terbakar, gatal, bisul dan obesiti. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan tidak terlalu masak, kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari.

3. Buah delima

Buah delima mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat tiga jenis buah delima iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiao bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk kuruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam,  dan tapis. Amalkan minum dua hingga dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.








4. Lobak merah dan timun

Lobak merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehinggaanda mencapai berat badan yang diinginkan.




5. Daun salam (atau daun kari)

Daun  salam atau dipanggil daun kari biasanya digunakan didalam masakan. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, antaranya adalah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, cirit-birit dan mengurangi obesiti. Bagi yang ingin mengurangkan obesiti/ kuruskan badan, ambil lima sehingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.

6. Halia

Jus halia ini pula perkongsian dari kawan cik tom. Jus halia sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air limau memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih.Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.

Isnin, 11 Mac 2013

senaman nak kuruskan peha dan pinggul


langkah satu:Sandar di dinding


Bersandar di dinding. Pastikan kepala, belakang dan punggung betul-betul rapat ke dinding seperti gambar di atas. Jarak posisi kaki adalah lebih kurang 18 inch dari dinding.





Turunkan badan ke bawah sehingga kita berposisi seperti kerusi. Pastikan kaki kita tidak bergerak. Tahan selama 30 saat. Kembali ke posisi asal. Ulangi selama 5 minit.


                                                               
                                           langkah kedua:naik tangga 
                                                              

Berdiri di sebelah tangga. Silangkan kaki kiri dan letak di atas satu anak tangga seperti gambar di atas.




  Menaiki tangga dengan menggunakan kaki kiri sehingga kaki kanan kita terangkat. Kemudian kembali ke kedudukan asal. Lakukan selama 5 minit. Kemudian tukar ke kaki kanan pula.



langkah ketiga:Lunge


Berdiri tenang sambil meletakkan kedua-dua tangan anda di pinggang.





Ambil langkah besar ke hadapan dengan kaki kiri sehingga peha kiri kita mendatar. Pastikan lutut kiri tidak melebihi kaki kiri. Kaki kanan kita pula dalam posisi bengkok sedikit. Pastikan badan kita tegak. Kemudian kembali ke posisi asal. Ulang langkah ini selama 5 minit. Kemudian lakukan pada kaki kanan pula.



Khamis, 28 Februari 2013

Aku Dan Si Dia

18 Perkara Yang Perempuan Inginkan Dari Lelaki


1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.

2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.

3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.

4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.

5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.

6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.

7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.

8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.9. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.

10. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.

11. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.

12. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.

13. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?

14. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.

15. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.

16. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.

17. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.

18.romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.
Jadi…itulah dia 18 perkara yang diinginkan oleh perempuan dari lelaki. Adakah anda mempunyai kelapan-lapan belas perkara ini? Jika ada, bagus dan tahniah kami ucapkan.
Tetapi jika tidak, cuba perbaiki diri anda dan berikan apa yang mereka mahukan dari anda. Mudah-mudahan kebaikan dan usaha yang anda lakukan kepada dirinya akan dapat mememlihara perhubungan anda berdua.