Ramai orang di luar sana tercari-cari cara menguruskan badan menggunakan bahan semulajadi khususnya dari tumbuhan. Memang banyak tumbuhan yang boleh dijadikan sebagai ramuan, namun, antara bahan yang mudah digunakan dan senang didapati ialah limau kasturi. Selain dapat menurunkan berat badan, ia juga dikatakan boleh mengurangkan buncit.
1. Limau nipis
Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Tingginya boleh mencapai enam meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi. Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.
Bagi yang mengalami berat badan yang berlebihan, sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk. Jadikan ia sebagai air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini lebih elok diikuti dengan senaman ringan.
Bagi yang ingin kempiskan perut pula, anda perlu mencampurkan limau nipis dengan teh tanpa gula. Kemudian air tersebut diminum tiap-tiap hari sehinggalah perut anda kelihatan menarik. Saya akan cuba petua ini dan memaklumkan kepada anda sekiranya saya berjaya mengurangkan buncit saya dalam tempoh sebulan.
1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu
5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat.Perahkan air Limau Nipis.Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.
7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.
8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.
DIET EPAL HIJAU
Ini yang saya sedang praktiskan sekarang, dan saya dah turun banyak kilo dengan diet ini. 4 kg.kerapkan makan epal hijau tau syunk....:)
Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.ni ha list kebaikan epal hijau :
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.
SARAPAN: Oatmeal dan Low Fat Milk
Snek 10.00 pagi: Jus Epal Hijau
Lunch: Jus Epal Hijau
Snek Pukul 3: Jus Epal Hijau
Makan Malam 6.30 ptg: Protien ( 1 pcs of Ikan/ Ayam )
Sup Sayur
Nasi (sikit je tau)
10 malam sebelum tido:Jus Epal Hijau
* Minum air masak al least 3 liter satu hari. Anda akan mengalami penurunan 2kg seminggu.
2. Nanas
Buah nanas dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kekacingan, sakit tekak, beri-beri, sembelit, luka terbakar, gatal, bisul dan obesiti. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan tidak terlalu masak, kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari.
3. Buah delima
Buah delima mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat tiga jenis buah delima iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiao bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk kuruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam, dan tapis. Amalkan minum dua hingga dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.
4. Lobak merah dan timun
Lobak merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehinggaanda mencapai berat badan yang diinginkan.
5. Daun salam (atau daun kari)
Daun salam atau dipanggil daun kari biasanya digunakan didalam masakan. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, antaranya adalah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, cirit-birit dan mengurangi obesiti. Bagi yang ingin mengurangkan obesiti/ kuruskan badan, ambil lima sehingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.
6. Halia
Jus halia ini pula perkongsian dari kawan cik tom. Jus halia sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air limau memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih.Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.
AssaAssalamualaikum.. Berjaya x mengurangkan perut buncit dlm masa sebulan?
BalasPadamassalamualaikum, sy mengamalkn minun teh hijau BOH dgn dicampurkn sdikit hirisan halia selama sminggu dan hasilnya sgt2 berpuashati.. utk hasil yg lg cepat make sure mkn kne control. 😊
BalasPadamSaya dah cuba hirisan lemon dan tea cina..hasilnya amatlah memberangsangkan,
BalasPadamSaya dah cuba hirisan lemon dan tea cina..hasilnya amatlah memberangsangkan,
BalasPadam